Wednesday 24 October 2012

MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR TADIKA TBK JABI

Hari ini 24 oktober telah berlangsungsatu majlis konvokesyen pelajar tadika Dun Jabi Besut Terengganu. Acara sangat menarik dan dan berlaku dalam suasana kebudak-budakan. Para ibu bapa dijemput hadir bagi sama-sama meraikan majlis tersebut. Majlis yang agak baik itu tercemar kerana kurang perancanagn yang baik dari pengeruis TBK Jbi kerana par ibu bapa yang hadir tidak dirai dengan baik. Para ibu bapa tidak disediakan tempat bagi memeriahkan majlis ini. Ada seorang guru tadika yang tidak profesional. Bertindak ikut sedap mulut mengatakan ibu bapa telah mengambil kerusi pelajarnya. Ibu bapa tersebut telah diberikan tempat tersebut kerana kekosongan pada ruangan tersebut. Tanpa ada adab dan sivik guru tersebut menuduh ibu bapa tersebut telah mengambil tempat pelajarnya. Bila diterangkan guru tersebut menggunakan suara yang tinggi menunjuk belang sebenarnya dalam mendidik pelajar cilik. Sepatutnya guru tersebut datang lebih awal iaitu jam sebelum 8.30 pagi kerana majlis itu jam 8.30 pagi telah bermula. Guru sebegini harus diberi kursus sivik dan adab serta menanam sifat integriti. Kelakuan guru yang sebegini akan menjatuhkan martabat profesion. Ada juga sebilangan guru yang menggunakan suara tinggi dalam memberi arahan kepada pelajar cilik. Diminta pihak KEMAS memantau kehadiran pelajar di TBK daerah Jabi kerana guru TBK kebanyakkan mengabaikan tugas mengajar dan mengutamakan pelajar. Diminta juga YB Cikgu Ramlan supaya memantau peristiwa sebegini supaya TBK menjadi tempat pembentukkan generasi baru ini. Pantau dan turun padang ke akar umbi melihat sendiri pendidikan yang telah dimainkan oleh Guru TBK daerah YB.

Monday 27 August 2012

KEMANA HILANGNYA ADAB ORANG MELAYU

Baru-baru ini terdapat seorang guru dari daerah luat Terengganu yang bertujuan memberi nasihat atau pengajaran kepada dua pemuda yang telah membuat perkara yang mungkin menjatuhkan kemurnian sebuah masjid. Guru itu telah dibelasah oleh keluarga pemuda tersebut yang kononnya orang berpengaruh di daerah dalam Terengganu. Dibalai polis jugak guru tersebut dikatakan dibelasah  kerana keluarga tersebut orang yang mempunyai pengaruh.
Jika inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu pasti akan runtuh amalan murni nasihat, tegur-menegur dan mengambil tahu di antara kita. Tetapi bila seseorang itu merasakan undang-undang dibawah mereka dan ada pulak sokongan orang berpengaruh dalam politik mereka merasakan dunia hak mereka. Undang-undang jahiliah masih wujud lagi dalam dunia yang serba moden ini. Islam hadhari telah tersemat dihati insan kerdil tetapi dihati orang yang berpengaruh macam mana?. Marilah kita renung nasib bangsa kita ini. Apakah akan hancur atau hanya catatan Tak Akan Melayu Hilang Di dunia.

Thursday 9 August 2012

BUKU PBS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1




BUKU KERJA INI DAPAT MENYENANGKAN TUGAS GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1. BUKU INI BERPANDUKAN KEPADA DSP LEMBAGA PEPERIKSAAN. UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENERBIT IAITU AL-WAZIR NO TEL  019-6070540 / 019-3305180 EN. IDRIS DAN 019-2748447 USTAZ HAMDI.