Monday, 27 August 2012

KEMANA HILANGNYA ADAB ORANG MELAYU

Baru-baru ini terdapat seorang guru dari daerah luat Terengganu yang bertujuan memberi nasihat atau pengajaran kepada dua pemuda yang telah membuat perkara yang mungkin menjatuhkan kemurnian sebuah masjid. Guru itu telah dibelasah oleh keluarga pemuda tersebut yang kononnya orang berpengaruh di daerah dalam Terengganu. Dibalai polis jugak guru tersebut dikatakan dibelasah  kerana keluarga tersebut orang yang mempunyai pengaruh.
Jika inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu pasti akan runtuh amalan murni nasihat, tegur-menegur dan mengambil tahu di antara kita. Tetapi bila seseorang itu merasakan undang-undang dibawah mereka dan ada pulak sokongan orang berpengaruh dalam politik mereka merasakan dunia hak mereka. Undang-undang jahiliah masih wujud lagi dalam dunia yang serba moden ini. Islam hadhari telah tersemat dihati insan kerdil tetapi dihati orang yang berpengaruh macam mana?. Marilah kita renung nasib bangsa kita ini. Apakah akan hancur atau hanya catatan Tak Akan Melayu Hilang Di dunia.

Thursday, 9 August 2012

BUKU PBS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1




BUKU KERJA INI DAPAT MENYENANGKAN TUGAS GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1. BUKU INI BERPANDUKAN KEPADA DSP LEMBAGA PEPERIKSAAN. UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENERBIT IAITU AL-WAZIR NO TEL  019-6070540 / 019-3305180 EN. IDRIS DAN 019-2748447 USTAZ HAMDI.

Saturday, 1 October 2011

BERHATI -HATI DENGAN PENIPU INI

Tahun 2009 mereka sekeluarga bermulut manis kononya ingin membantu orang yang beragama Islam untuk menaikkan taraf ekonomi. Bercakap dengan gaya seorang yang berpegang dengan agama yang kuat menyebabkan ramai orang Melayu terpikat. Akhirnya bila terdesak mereka pulun habis hasil titik peluh semua golongan.Agama dah letak kat belakang. Si bapa berpura-pura sakit dan buat-buat gila. Dalam berpura itu masih lagi menipu kawan dan sahabat yang memberi sokongan supaya bangkit. Isteri dan anak hilang dengan wang orang ramai. Anak yang bergelar artis dah mula menggelak. Masa bapa di atas inilah bapa yang menolong dalam kesusahan. Buat filem Bedak Sejuk, Oh Jiran Ku  dan entah apa filem dibuat untuk menghabiskan duit syarikat. Bapa mana nak tengok anak susah. Sekarang semua dah hilang dan bapa menyembunyikan diri. Bagi yang bergelar anak buat tak tahu sahaja. Duit bukan duit aku itulah ungkapan mereka. Sekarang si bapa hilang menyembunyikan diri. Anak, bini hidup senang si bapa mungkin dengan lakonan menipu. Maklumlah bapa anak kepada pelakon dan artis terkenal. Jadi berhatilah dengan wajah mereka yang dipaparkan. Mereka pandai berlakon untuk menipu. Takut nanti ada yang terkena seperti mereka di tahun 2009 zaman kemuncak penipuan mereka.

Wednesday, 14 September 2011

SEJARAH YANG DI AJAR DI SEKOLAH TIDAK TEPAT KATA TUN DR MAHATHIR MANTAN PM

Bila dicuit sedikit oleh pembangkang semua terkejut dan sibuk membuat laporan polis untuk mencari pengadilan . Tapi apabila Mantan PM kita menyatakan sejarah yang di ajar di sekolah tidak tepat semuanya diam seolah terkena hidung sendiri. Jika kata2 itu betul dan tepat bermakna semua rakyat dihidangkan dengan fakta yang tidak tepat. Sejarah kita tidak tepat, jadi mana pergi manusia yang suka buat repot polis. Kenapa tak buat repot polis tentang sejarah yang diajar tidak tepat. Tidak tepat bermakna satu penipuan. Adakah guru mengajar suatu penipuan di sekolah. Mengapa guru menipu, sudah pasti penipu sebenar adalah golongan pemerintah terdahulu dan kini. Buat Laporan polis tentang penipuan yang di buat oleh penulis dan penerbit buku teks sejarah. Kenapa semua diam. Adakah mereka yang gemar mencari populariti takut atau tidak ada sponsor  hendak berarak membuat laporan polis untuk mencari pengadilan. Yang pastinya Menteri Pendidikan merasa panas punggong dengan kenyataan Mantan PM. Agaknya Tun Dr Mahathir baru terasa dia belajar sejarah pada masa sekolah dulu tidak tepat atau dalam sejarah tidak tercatat sejarah wujud UMNO baru dan yang lama sudah tiada, tapi sejarah memberitahu tentang UMNO lama. UMNO baru mana? Ayuh semua bangun membuat laporan polis supaya menyiasat kenapa sejarah tidak tepat diajar di sekolah. Kementerian membuat latihan kepada guru tentang sejarah yang tidak tepat ini salah. Penggunaan wang untuk latihan ini juga salah atau tidak tepat. Mana SPRM hilang, siasat mungkin ada penyalahgunaan kuasa dalam mata pelajaran sejarah. Sia2 wang yang digunakan untuk melatih guru supaya mengajar perkara yang tepat rupanya tidak tepat. Siapa menipu siapa sebenarnya dalam isu SEJARAH KEMERDEKAAN INI? Jawapan ada pada anda semua.