Monday, 27 August 2012

KEMANA HILANGNYA ADAB ORANG MELAYU

Baru-baru ini terdapat seorang guru dari daerah luat Terengganu yang bertujuan memberi nasihat atau pengajaran kepada dua pemuda yang telah membuat perkara yang mungkin menjatuhkan kemurnian sebuah masjid. Guru itu telah dibelasah oleh keluarga pemuda tersebut yang kononnya orang berpengaruh di daerah dalam Terengganu. Dibalai polis jugak guru tersebut dikatakan dibelasah  kerana keluarga tersebut orang yang mempunyai pengaruh.
Jika inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu pasti akan runtuh amalan murni nasihat, tegur-menegur dan mengambil tahu di antara kita. Tetapi bila seseorang itu merasakan undang-undang dibawah mereka dan ada pulak sokongan orang berpengaruh dalam politik mereka merasakan dunia hak mereka. Undang-undang jahiliah masih wujud lagi dalam dunia yang serba moden ini. Islam hadhari telah tersemat dihati insan kerdil tetapi dihati orang yang berpengaruh macam mana?. Marilah kita renung nasib bangsa kita ini. Apakah akan hancur atau hanya catatan Tak Akan Melayu Hilang Di dunia.

Thursday, 9 August 2012

BUKU PBS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1




BUKU KERJA INI DAPAT MENYENANGKAN TUGAS GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1. BUKU INI BERPANDUKAN KEPADA DSP LEMBAGA PEPERIKSAAN. UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENERBIT IAITU AL-WAZIR NO TEL  019-6070540 / 019-3305180 EN. IDRIS DAN 019-2748447 USTAZ HAMDI.