Monday 22 August 2011

PELANCARAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 54 PERINGKAT SMK TOK DOR (SEMTED)

Pelancaran dan sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 peringkat SEMTED merupakan acaran tahunan sekolah SEMTED. Tarikh 21 Ogos 2011 detik yang dinantikan oleh warga SEMTED. Tepat jam 7.40 semua warga berhimpun di tapak perhimpunan. Jam 7.45 nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh warga SEMTED., selesai nyanyian, bacaan doa dilakukan bagi memohon keberkatan dan rahmat dari Allah semuga sambutan tahun ini memberi kemanfaatan kepada warga SEMTED dan rakyat Malaysia semua. Jam 8.15 pagi Pengetua SEMTED iaitu Tn Hj. Che Soh Bin Che Mat memulakan perhimpunan dengan ucapan.
Ucapan Tuan Pengetua telah menaikkan semangat pelajar dengan menceritakan detik sejarah kemerdekaan. Tuan Pengetua juga meniupkan semangat perpaduan supaya menjadi amalan bersama untuk membangunkan sekolah dan negara bagi mewujudkan kejayaan Satu Malaysia. Tuan pengetua juga telah menyakinkan pelajar dan warga supaya mencapai satu tujuan , bertanggungjawab kepada bangsa dan membina Satu Malaysia. Tuan Pengetua begitu perihatin dan bersemangat, ingn melihat supaya Satu Malaysia menjadi pegangan warga SEMTED kerana ia benteng kepada semua. Selesai berucap Tuan Pengetua telah merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan menarik tali bagi menurunkan bendera Satu Malaysia. Gimik perasmian direka khas oleh Ketua Bidang Teknik Dan Vokasional SEMTED. Selepas itu persembahan pelajar diadakan sempena pelancaran ini.
Biar pun pelajar semua berpuasa tapi mereka semua bersemangat untuk menyambut Kemerdekaan Ke 54 dengan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Satu Malaysia, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos. Panas pancaran matahari tidak dihiraukan pelajar kerana tiupan semangat telah dibuat oleh Tuan Pengetua. Selesai persembahan pelajar senua warga telah di himpun dalam satu barisan panjang untuk majlis melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan guru. Upacara melekatkan bendera ini mendapat laungan MERDEKA oleh semua pelajar SEMTED.
Satu lagi upacara yang amat dinantikan semua warga ialah perasmian Tugu 1 Malaysia oleh Tuan Pengetua. Tugu ini akan menjadi satu lambang kepada SEMTED. Tugu ini dibina  oleh pelajar aliran MPV SEMTED bersama guru MPV. Dengan perasmian tugu Satu Malaysia maka berakhirlah Majlis gilang gemilang sambutan kemerdekaan peringkat SEMTED.

No comments:

Post a Comment