Monday, 22 August 2011

SISTEM SAPS NKRA MENYUSAHKAN GURU

Satu usaha yang bangga tetapi amat membosankan dan merimaskan guru. Tugas guru ditambah dengan satu lagi beban iaitu memasukkan markah ke sistem NKRA. Setengah guru menamakan sistem ini sistem Nate Kera. Ia amat membosankan dan mengambil  masa guru2 di rumah kerana terpaksa menggunakan masa bersama keluarga dengan memasukkan markah melalui sistem ini. Sistem ini terlalu lambat dan banyak kerenah yang perlu guru-guru layan. Setengah guru tak sempat hendak menyediakan juadah berbuka dan bersahur kerana terpaksa menyelesaikan markah ke sistem ini. Ada yang masam muka dan tak senyum hadir ke sekolah.Untuk memasukkan markah di sekolah guru langsung tyak berkesempatan kerana terpaksa mengajar di kelas. Harap ada pihak yang dapat menyelesaikan sistem ini yang terlalu perlahan dan lembab.

No comments:

Post a Comment