Thursday, 28 July 2011
KEM UPSR SEKOLAH RENDAH
Satu usaha murni pihak sekolah untuk menaikkan prestasi sekolah dan pelajar. Tetapi pihak sekolah terlupa dengan segelintir pelajar yang terpaksa ditinggalkan di sekolah terkapar-kapar tanpa guru mengajar ilmu yang membantu dalam UPSR kepada mereka. Pelajar yang tercicir ini tidak akan ke sekolah kerana mereka mengatakan "Cikgu tiada" . Mereka memaksudkan guru matapelajaran yang selalu mengajar mereka tidak ada kerana menghadirkan diri ke Kemtersebut. Guru tersebut diganti dengan guru yang tidak mengajar mereka, jadi pelajar akan terbiar dan tidak tahu apa yang akan dilakukan.
Apakah kita hendak melihat anak Bangsa kita tercicir disebabkan sekolah mengejar nama. Biasanya pelajar yang tercicir dari kelas bawah dan keluarganya miskin atau kesukaran mengadakan bayaran yang dikenakan untuk menghadirkan diri di kem tersebut.Mengapa kem seperti ini tidak melibatkan semua pelajar dan tidak perlu dilakukan di luar kawasan sekolah bagi memberi peluang sama rata kepada semua pelajar
Monday, 18 July 2011
CABARAN BUKIT BINTANG SMK TOK DOR JERTEH TERENGGANU 2011
BUKIT BINTANG BESUT TERENGGANU |
JOM DATANG BERAMAI-RAMAI
MERIAHKAN BERSAMA WARGA
SMK TOK DOR
Ledakan Malam Jumaaat
Jika kita telah melaksanakan solat subuh pada hari jumaat masuklah kalian kedalam rumah, tutuplah pintu2-nya.,sumbatlah lubang2-nya dan selimuti diri ,sumbatlah telinga. Jika anda mendengar suara mengelegar maka bersujudlah kepada Allah dan ucaplah Maha Suci Al-Qudus (2X) Rabb Kami Al-Quddus kerana barang siapa melakukan hal itu akan selamat, tp sesiapa yang tidak melakukannya akan binasa. Tarikh 1 Ramadhan 2012 bersamaan 20 Julai Hari jumaat, 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan juga Hari Jumaat. Renungkanlah.
Dulu Astro Kini Syarikat Air Terengganu
Cukai Astro pelanggan kena bayar jadi berlakulah kenaikan pembayaran bulanan bil Astro. Kini Syarikat Air Terengganu mengenakan kadar baru pemasangan semula bagi air yang kena potong dari RM10 ke RM30. Jika peruncit menaikkan harga kecoh wakil kita. Jika Syarikat Besar menaikkan pembayaran ke mana perginya wakil kita? Pasti mereka bercakap Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Kenaikan ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan tidak menentu. Bebanan ini akan ditanggung. Biar pun Hati Kecewa seperti anjing menyalak bukit namun berharap agar ada wakil yang sanggup memperjuangkan rakyat. Jika tiada ........ sama-sama kita tanggung.
Subscribe to:
Posts (Atom)