Thursday, 28 July 2011
KEM UPSR SEKOLAH RENDAH
Satu usaha murni pihak sekolah untuk menaikkan prestasi sekolah dan pelajar. Tetapi pihak sekolah terlupa dengan segelintir pelajar yang terpaksa ditinggalkan di sekolah terkapar-kapar tanpa guru mengajar ilmu yang membantu dalam UPSR kepada mereka. Pelajar yang tercicir ini tidak akan ke sekolah kerana mereka mengatakan "Cikgu tiada" . Mereka memaksudkan guru matapelajaran yang selalu mengajar mereka tidak ada kerana menghadirkan diri ke Kemtersebut. Guru tersebut diganti dengan guru yang tidak mengajar mereka, jadi pelajar akan terbiar dan tidak tahu apa yang akan dilakukan.
Apakah kita hendak melihat anak Bangsa kita tercicir disebabkan sekolah mengejar nama. Biasanya pelajar yang tercicir dari kelas bawah dan keluarganya miskin atau kesukaran mengadakan bayaran yang dikenakan untuk menghadirkan diri di kem tersebut.Mengapa kem seperti ini tidak melibatkan semua pelajar dan tidak perlu dilakukan di luar kawasan sekolah bagi memberi peluang sama rata kepada semua pelajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment