Monday 18 July 2011

CABARAN BUKIT BINTANG SMK TOK DOR JERTEH TERENGGANU 2011

 
BUKIT BINTANG BESUT TERENGGANU

Satu usaha murni pihak sekolah untuk memajukan Bukit Bintang di Besut Terengganu dari segi pelancongan berunsur riadah dan kesihatan diri patut dipuji oleh semua warga pendidik daerah Besut. Cabaran ini akan diadakan pada 26 Julai 2011jam 8.30 pagi yang akan melibatkan semua pelajar SMK Tok Dor dan warganya yang dibantu oleh JPAM. Semuga dengan aktiviti riadah ini akan membuka mata kaum, sahabat , kawan dan masyarakat dari negeri Terengganu khususnya daerah Besut untuk menjadikan Bukit Bintang ini pusat riadah atau rekreasi untuk berjoging waktu pagi atau petang demi kesihatan semua. Jika kita dari daerah Besut tidak menceriakan Bukit Bintang ini siapa lagi? Diharap semua warga masyarakat tak kira tua, muda, kecil dan besar akan turut serta dalam CABARAN BUKIT BINTANG 2011 SMK TOK DOR. Tahniah kepada pihak sekolah yang berani maju ke depan demi kesihatan dan kemajuan Bukit Bintang.
JOM DATANG BERAMAI-RAMAI
MERIAHKAN BERSAMA WARGA
SMK TOK DOR

No comments:

Post a Comment